In the Name of Allah, the Most Gracious, the Most Merciful

MITSUBISHI FN SERIES

MITSUBISHI FN SERIES

Tuesday, February 10, 2015

Islamic Loan’ atau Pinjaman Berasaskan Islam Untuk Kenderaan

Prinsip yang dipegang dalam perbankan Islam ialah perkongsian untung rugi antara pemberi modal (pendeposit) dan pemegang amanah (institusi kewangan) dan dalam masa yang sama larangan mempraktikkan riba’ atau faedah.

Perbankan Islam menitikberatkan keadilan dan persetujuan dari kedua-dua belah pihak. Walaupun ia berkonsepkan Islam namun produk ini terbuka kepada semua tanpa mengira apa pegangan kepercayaan mereka.

Antara konsep-konsep perbankan Islam yang diguna ialah Wadiah (simpanan), Mudharabah (perkongsian untung), Musyarakah (usaha sama), Murabahah (kos tokok) dan Ijarah (sewaan). Untuk pinjaman kenderaan berteraskan Islam ia memerlukan dua peringkat iaitu Ijarah (sewaan) dan Bai’ (belian) menjadikannya Al-Ijarah Thumma Al Bai’

Pada peringkat pertama iaitu Ijarah atau pajakan/sewaan, kontrak Ijarah akan ditandatangani oleh pelanggan yang mana menyatakan persetujuannya untuk memajak kenderaan terbabit dari pihak bank yang bertindak sebagai pemilik kenderaan yang dibeli secara tunai kebiasaannya dari kedai/wakil penjual. Di sini pelanggan bersetuju membayar kepada bank kadar sewa tertentu untuk satu tempoh masa yang juga telah ditentukan. Apabila tiba tempoh masa tersebut, pelanggan akan memasuki peringkat kedua iaitu Bai’ atau belian di mana pelanggan boleh membeli kenderaan tersebut pada harga yang telah dipersetujui.

Dengan ini, semua keuntungan yang diperolehi oleh pihak bank adalah atas persetujuan pelanggan dan pelanggan pada mulanya menyewa kenderaan tersebut dan pada akhir tempoh sewaan pelanggan berpeluang membeli kenderaan itu. Ini adalah berbeza dengan apa yang dipraktikkan oleh perbankan konvensional yang mana pelanggan diberi kemudahan pinjaman wang untuk membeli kenderaan dan faedah (interest) dikenakan ke atas pinjaman itu mengikut satu tempoh masa tertentu. Di sinilah berlakunya riba’.

Jadi, terpulanglah kepada kita masing-masing untuk memilih apakah bentuk perkhidmatan yang diinginkan dari institusi kewangan. Jika anda memilih untuk Perbankan Islam maka cari sahajalah institusi kewangan yang mempamerkan logo Perbankan Islam..

REFRIGERATED BOX

REFRIGERATED BOX
4,500 KGS

Injin Hijau Euro2

Injin Hijau Euro2

SPESIFIKASI TEKNIKAL

SPESIFIKASI TEKNIKAL

STEEL TIPPER

STEEL TIPPER
5,000KGS

MITSUBISHI FG83 4X4

MITSUBISHI FG83 4X4
5,000 KGS

ONLINE SHOPPING, SILA KLIK PADA BANNER

Buy.com (dba Rakuten.com Shopping)